Raket, Tenis, Terbaru

Pasangan Muda Malaysia Dapat Tiket Wild Card

Pemain Malaysia yang berpengkalan di Amerika, Assri Merzuki menerima tiket wildcard bersama Syed Mohd Agil dalam acara beregu

Bintang muda tenis negara, Mohd Assri Merzuki dan Syed Mohd Agil bakal berpeluang mendapat pendedahan perlawanan bertaraf dunia selepas pasangan ini menerima tiket wildcard untuk bertemu pilihan utama yang juga juara 2009 serta finalis 2010, Mariusz Frystenberg dan Marcin Matkowski dari Poland pada Isnin ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Agil ketika mengulas mengenai peluang ini mengucapkan terimakasih kepada Persatuan Tenis Lawn Malaysia (LTAM) dan penganjur kejohanan atas kesempatan yang diberikan.

“Bertemu pilihan utama pastinya memberikan tekanan yang besar buat kami. Walaubagaimanapun, saya dan Assri berjanji menampilkan aksi terbaik dalam pertemuan ini nanti” tambah Agil lagi yang mengakui dia dan Assri bermain tenis bersama sejak kecil lagi namun menjalani latihan secara berasingan sejak 3 tahun yang lepas.

Seorang lagi pemain negara, Si Yew Ming akan bergandingan dengan pemain Taiwan, Jimmy Wang untuk menentang pasangan Austria-Brazil, Alexander Peya dan Bruno Soares yang juga merupakan pilihan ke-3 kejohanan.

Sebelum itu dalam aksi pusingan kelayakan acara perseorangan, kesemua pemain negara turun yang turun beraksi  gagal melepasi pusingan tersebut selepas tewas di tangan lawan yang lebih berpengalaman.

Berikut merupakan aksi perlawanan yang melibatkan pemain negara:

Ahmed Deedat Abdul Razak klh Dominic Inglot (Britain)  1-6, 4-6
Mohd Assri Merzuki klh Treat Conrad huey (Filipina)  2-6,7-5, 2-6
Si Yew Ming klh Sanam Singh (India)  0-6, 1-6
Syed Mohd Agil klh Micheal Yani (USA) 5-7, 1-6

About the Author

Dunia Sukan Journalis