Filem ‘To The Fore’ merupakan filem yang cukup menarik untuk ditonton khasnya buat peminat sukan lumba basikal. Malah, filem ini juga bakal memberikan pengetahuan lebih mendalam terhadap sukan ini kepada mereka yang kurang mengerti peranan setiap ahli dalam sebuah pasukan lumba basikal.

Mengisahkan tentang sebuah pasukan lumba basikal – Xuangguang yang terdiri dari Zheng Zhiyuan (Choi Siwon) selaku ‘sprinter’, Chou Ming (Eddie Peng) dan Qiu Tian (Shawn Dou) selaku domestique atau ‘pace setter’. Gandingan ketiga-tiga mereka berjaya menjulang pasukan mereka di setiap perlumbaan yang disertai sehinggalah terdetik perbalahan yang muncul apabila Tuan dan Ming sedar bahawa hanya ‘sprinter’ sahaja akan dirai sementara ‘domestique’ tidak langsung mendapat tumpuan.

Sejak itu, Xuangguang mengalami keretakan dan akhirnya mereka bertiga berpisah. Bagaimanapun, ketiga-ketiga pelumba ini ditakdirkan semula untuk kembali berlumba namun bukan atas kapasiti satu pasukan yang sama. Apakah Ming dan Tian dapat mengatasi Yuan dalam perlumbaan yang baru ini? Temui jawapannya di pawagam berdekatan.

 


 

Bersempena dengan filem ‘To The Fore’ ini, Dunia Sukan bersama-sama dengan RAM Entertainment telah menganjurkan Peraduan ‘To The Fore – Dunia Sukan’ yang menawarkan hadiah eksklusif barangan ‘To The Fore’ untuk dimenangi.

11879769_737494546380381_232038248_o

5 siri akan diadakan bermula minggu ini. Dua pemenang bertuah akan dipilih pada setiap satu siri.

Caranya mudah sahaja – jawab soalan yang diberikan di dalam ruangan komen dibawah ini. Setiap jawapan juga perlu disertakan dengan slogan “#ToTheFore filem yang unik dan menarik kerana…..(tidak lebih daripada 20 patah perkataan)

SOALAN SIRI PERTAMA
1) Berikan nama tiga pelakon utama filem ‘To The Fore’ beserta nama watak mereka

 

Comments

comments

SHARE

NO COMMENTS